Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

7,000 isi rumah keluarga berpendapatan rendah akan terima pek habuan

Mar 31, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 7,000 isi rumah  akan menerima pek habuan 'Blessings to All' yang mengandungi baucar runcit, barangan kebersihan dan perlindungan serta penjagaan kesihatan.



Projek ini dikendalikan oleh Yayasan Rahmatan lil Alamin (RLAF) buat tahun kedua demi meneruskan usaha bermakna mengongsi keberkatan Ramadan kepada golongan kurang bernasib baik serta individu lain, tidak kira kaum atau agama.



Dalam menyokong pemerkasaan bagi golongan kurang upaya, tahun ini RLAF telah bekerjasama dengan Persatuan Orang Cacat Penglihatan Singapura (SAVH) dalam projek Ramadan ini.



Kerjasama ini akan menyediakan peluang pekerjaan bagi benefisari SAVH.



Seramai lima benefisiari dari SAVH terlibat dalam projek ini dan mereka akan dibayar 35 sen setiap pek habuan yang dibungkus.



Salah seorang benefisiari ialah Encik Michael Neo, 48 tahun, yang mengalami masalah penglihatan sejak sekitar 10 tahun lalu.



"Saya gembira dapat peluang kerja ini kerana ia memberi saya kesempatan keluar juga. Pada masa yang sama, saya dapat menyumbang tenaga dan masa melakukan kebajikan," ujar bekas penyelia gudang yang kini sudah tidak bekerja akibat pandemik.



Setiap pek habuan itu bernilai sekitar $30 dan mengandungi baucar runcit $10 dan barang keperluan asas lain.



Menurut Encik Neo, beliau telah membantu membungkus pek habuan itu sejak Isnin lalu dan akan berakhir hari ini.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RLAF, Encik Muhd Faizal Othman, berkata:



"Dengan melaksanakan kerjasama sebegini, kami dapat meningkatkan kesedaran dan juga menjalin hubungan mampan antara kumpulan kurang upaya dengan badan-badan Islam di Singapura.



"Ini memberi peluang untuk kami menjalankan tugas dan amanah kami untuk membantu, tidak kira agama atau bangsa," ujar Encik Muhd Faizal.



Seramai 14 relawan RLAF dan enam kakitangan RLAF akan terlibat dalam projek ini.



Antara relawan RLAF yang turut membantu membungkus pek habuan itu ialah Encik Arif Mohammad Zani, pelajar berusia 19 tahun.



Ditanya mengapa beliau ingin tampil menjadi relawan, beliau berkata:



"Jika saya dapat luangkan masa dan membantu, saya harap usaha ini dapat menyumbang kepada kehidupan mereka yang lebih memerlukan."



Pengagihan pek habuan itu akan berlangsung mulai Sabtu ini dan akan diteruskan pada setiap hujung minggu sepanjang Ramadan.



Antara lain, projek ini disokong oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (PA Mesra), M3@Towns, SAVH dan Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) dan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).



Bagi menjayakan projek ini RLAF juga masih mengumpul dana sehingga 25 April untuk membantu keluarga kurang bernasib baik.



Jika ingin menyumbang kepada pek habuan yang akan diagihkan, sila lungsuri laman giving.sg atau muslim.sg untuk maklumat lanjut.



Sumbangan juga diterima menerusi PayNow dengan UEN RLAF: 200910530Z dan nyatakan 'BTA2022' di bawah 'remarks'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >