Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

70,000 pencarum CPF bakal dapat tokokan $40j dalam dana persaraan

Aug 19, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 70,000 pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan menerima geran sekitar $40 juta yang dipadankan pemerintah pada Januari tahun depan dengan tokokan wang tunai yang dibuat kepada Akaun Persaraan (RA) mereka dalam separuh pertama tahun ini.



Tokokan dan geran dipadankan itu akan meningkatkan bayaran persaraan bulanan mereka, kata Lembaga CPF semalam.



Mereka akan mendapat geran itu di bawah Skim Simpanan Persaraan Dipadankan yang dilancarkan awal tahun ini. Skim itu membantu warga emas yang belum memenuhi jumlah persaraan asas semasa menambahkan simpanan persaraan mereka.



Setiap dolar tokokan wang tunai yang dibuat kepada pencarum yang layak akan dipadankan oleh pemerintah dengan had tahunan sehingga $600.



Pencarum CPF boleh menerima bayaran bulanan sepanjang hayat yang dapat menampung perbelanjaan kehidupan asas daripada usia 65 tahun setelah mengetepikan jumlah persaraan asas pada 55 tahun.



Sesiapa saja boleh membuat tokokan wang tunai kepada pencarum yang layak.



Sebagai permulaan, skim itu akan diadakan selama lima tahun mulai tahun ini sehingga 2025.



Tiada permohonan diperlukan dengan pencarum yang layak dimaklumkan melalui e-mel, Khidmat Pesanan Ringkat (SMS) atau surat pada Januari.



Lembaga CPF berkata pada Januari lalu 440,000 orang layak bagi tokokan dipadankan itu. Mereka membentuk sekitar 53 peratus pencarum CPF berusia antara 55 dengan 70 tahun, kata lembaga itu.



Mereka yang layak bagi skim itu mesti berusia antara 55 dengan 70 tahun dan mempunyai jumlah persaraan asas semasa yang kurang daripada diperlukan - atau $93,000 tahun ini - dalam akaun persaraan mereka.



Kriteria lain termasuk pendapatan bulanan purata, nilai tahunan kediaman mereka dan pemilikan hartanah.



Skim itu diumumkan semasa Belanjawan tahun lalu.



Encik Heng Swee Keat, yang merupakan Menteri Kewangan ketika itu, berkata ia akan membantu menggalak dan menambahkan sokongan keluarga bagi warga emas yang memiliki kurang simpanan bagi persaraan.



Beliau berkata mempunyai jaminan kewangan dalam persaraan boleh membantu rakyat Singapura meniti usia senja dengan yakin, memandangkan jangka hayat ketika lahir di Singapura ialah hampir 85 tahun - yang paling lama di dunia.



Sebanyak 80 peratus daripada 70,000 pencarum CPF yang akan mendapat geran dipadankan bagi tokokan yang dibuat antara Januari dengan Jun telah menerima tokokan sedemikian buat kali pertama.



Sebanyak 90 peratus daripada 70,000 pencarum CPF itu telah menerima tokokan $600 atau lebih dan 40 peratus telah menerima tokokan dari orang tersayang dengan sebahagian besar tokokan dibuat oleh anak-anak mereka.



Pemerintah akan terus menyesuaikan jumlah persaraan asas sebanyak 3 peratus setahun bagi mereka yang mencapai usia 55 tahun pada tahun ini dan tahun depan.



Jumlah persaraan asas adalah $93,000 bagi mereka yang mencapai usia 55 tahun pada tahun ini dan $96,000 bagi mereka yang mencapai usia 55 tahun pada tahun depan.



Pemerintah menjangkakan 70 peratus daripada orang yang bekerja secara aktif dalam dua kohort itu dapat mengetepikan jumlah persaraan asas mereka, jauh lebih tinggi berbanding 40 peratus sekitar sedekad lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >