Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$700,000 dikumpul UOB sokong kegiatan seni, pendidikan

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



LEBIH $700,000 wang amal berjaya dikumpulkan bank UOB dan pelanggan perbankan komersialnya sebagai sebahagian tradisi perayaan tahunan Tahun Baru Cina UOB Heartbeat.



Wang tersebut, yang dikumpulkan melalui siri bengkel seni, akan digunakan untuk menyokong kegiatan seni, kanak-kanak dan pendidikan menerusi badan-badan amal.



Ini seperti Dana Artis Baru The Business Times (BTBAF) dan Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF).



Wang itu juga akan disalurkan untuk menyokong pendidikan dan inovasi syarikat kecil dan sederhana (SME) setempat di bawah Institut Perusahaan Asia UOB-Universiti Pengurusan Singapura.



Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), UOB, Encik Wee Ee Cheong, berkata Tahun Baru Cina menandakan masa untuk meraikan permulaan baru.



"Menerusi seni, kami mendekatkan diri dengan masyarakat, menjalin ikatan dengan pelanggan dan menyokong mereka yang memerlukan pada masa yang sama.



"Kami berterima kasih kerana pelanggan kami dapat menyertai kami setiap tahun untuk berkongsi kegembiraan dan sikap optimis musim perayaan bersama mereka yang mungkin memerlukan bantuan," kata beliau.



Melalui sesi bengkel yang diadakan, eksekutif dan pelanggan UOB meletakkan hiasan enamel huruf Cina 'Fu', yang bererti 'rahmat' atau 'rezeki', pada mohor bulat untuk melahirkan harapan mereka bagi sebuah tahun yang lebih baik.



Sempena Tahun Harimau pada tahun ini, mohor tersebut ditampalkan pada karya seni harimau bersalut emas dengan tajuk "Blooming Abundance".



Karya seni itu, yang direka Royal Insignia, memaparkan seekor harimau yang dikelilingi alam semula jadi dan melambangkan kemakmuran dan kekayaan.



Setiap pelanggan mendermakan sekurang-kurangnya $10,000 untuk mengambil bahagian dalam bengkel itu dan membawa pulang satu karya seni.



Setiap dolar sumbangan pelanggan itu dipadankan UOB, sehingga $250,000.



Pengarah Royal Insignia, Cik Rachel Hoe, berkata pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan UOB bagi tujuan amal itu kerana ia menyatukan perniagaan untuk memberi manfaat kepada masyarakat setiap tahun.



"Kumpulan saya dan saya berbangga dapat berkongsi teknik pembuatan hadiah khusus kami bersama UOB dan pelanggannya, dan menyumbang kepada usaha pengumpulan dana yang akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan sokongan kolektif kami," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >