Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7,186 karton rokok tak dibayar cukai dirampas, 6 ditahan

Feb 03, 2022 | 05:30 AM



LIMA lelaki dan seorang wanita, berusia antara 30 dengan 52 tahun, diberkas dan 7,186 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas pegawai Kastam Singapura dalam satu operasi Jumaat lalu.



Tiga kenderaan berdaftar Singapura dan wang tunai bernilai $14,898.65 juga dirampas, kata agensi itu dalam satu kenyataan semalam.



Dalam operasinya di Jurong West Street 62 pada malam Jumaat lalu, pegawai memerhati dua lelaki memindahkan kotak berwarna coklat dari trak ke sebuah van. Sebuah lori yang dipandu lelaki lain, kemudian diletakkan di sebelah trak itu dan kotak berwarna coklat dipindahkan dari trak ke lori berkenaan.



Serbuan dijalankan dan pegawai penguat kuasa menemui 4,336 karton rokok yang tidak dibayar cukai dalam kedua-dua kenderaan. Dua lelaki ditangkap di tempat kejadian dan seorang lagi lelaki yang sebelumnya dilihat memindahkan kotak ke van juga ditangkap di kawasan berhampiran.



Pegawai juga mengikuti van terbabit ke Joo Chiat Lane.



"Mereka menyerbu masuk ketika seorang lelaki dilihat menghampiri van yang di dalamnya ada pemandu lelaki dan seorang wanita," kata kenyataan itu.



Lelaki yang menghampiri van itu cuba melarikan diri tetapi berjaya dihalang dan diberkas, bersama pasangan di dalam van.



Sejumlah 2,850 karton rokok yang tidak dibayar cukai ditemui di dalam van itu. Jumlah keseluruhan cukai yang elak dibayar bernilai sekitar $613,680, sementara cukai barang dan perkhidmatan (GST) berjumlah sekitar $48,840.



Salah seorang daripada lelaki yang ditahan dan wanita itu telah didakwa di mahkamah Sabtu lalu, sementara beberapa lelaki yang diberkas sedang disiasat.



Agensi itu memberi amaran bahawa membeli, menjual, mengangkut, menghantar atau menyimpan barangan yang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.



Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah cukai dan GST yang elak dibayar, dipenjara hingga enam tahun, atau kedua-duanya.



"Kenderaan yang digunakan dalam melakukan kesalahan itu dan hasil jualan rokok yang tidak dibayar cukai juga boleh dirampas," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >