Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7,300 keluarga di flat sewa terima agihan tambahan

Jan 16, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 7,300 keluarga yang tinggal di flat sewa di daerah barat laut bakal menerima sokongan yang dipertingkatkan tahun ini.



Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West akan menggandakan pengagihan untuk membantu penduduk yang memerlukan.



Di bawah program WeCare @ North West iaitu program utama tahunan CDC, penduduk akan menerima manfaat habuan perayaan bernilai $90 yang merangkumi produk vitamin selain 12 barangan makanan yang lebih berkhasiat seperti makanan tin, mi segera dan oat.



Melancarkan kempen selama tiga minggu di Divisyen Ulu Pandan semalam, Mayor North West CDC, Encik Alex Yam, berkata bahawa usaha ini tidak dapat dilakukan tanpa sokongan relawan yang telah berganding bahu untuk menyokong masyarakat.



"Setiap tahun, ramai daripada mereka bukan sahaja secara proaktif kembali menawarkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat, tetapi juga bertanya bagaimana mereka boleh memberi lebih banyak bantuan.



"Semangat mereka untuk memberi kembali, adalah sesuatu yang diusahakan CDC sebagai sebahagian daripada visi untuk membina masyarakat Barat Laut yang lebih prihatin," jelas Encik Yam.



Antara penduduk yang memanfaatkan program ini adalah unit-unit rumah sewa di 14 bahagian - Admiralty, Canberra, Chong Pang, Limbang, Marsiling, Nee Soon East, Nee Soon South, Nee Soon Link, Sembawang Central, Sembawang West, Ulu Pandan, Woodlands, Woodgrove, dan Zhenghua.



Turut menghadiri majlis pelancaran semalam adalah penasihat badan akar umbi GRC Holland-Bukit Timah, Encik Christopher de Souza, serta relawan korporat daripada Bigfoot Logistics Pte Ltd, Singapore Airlines Ltd dan Sunray Woodcraft Construction Pte Ltd.



Semasa pelancaran itu, mereka membantu mengagihkan 500 habuan perayaan kepada para penduduk di kawasan itu.



Selain pengagihan habuan perayaan, rakan kongsi korporat juga banyak menghulur bantuan ditengah-tengah pandemik.



Tujuh rakan kongsi korporat komited untuk menyokong penduduk yang rentan ini dengan barangan pembaikan asas rumah dan perkhidmatan yang bernilai sebanyak $20,000.



Sekitar 68 kerja pembaikan rumah akan dijalankan untuk penduduk terpilih daripada enam divisyen iaitu Chong Pang, Limbang, Marsiling, Nee Soon South, Sembawang Central dan Ulu Pandan.



Salah satu syarikat itu adalah Bigfoot Logistics Pte Ltd, yang menyediakan barangan pembaikan rumah dan menawarkan perkhidmatan untuk memasang barangan rumah tertentu untuk 16 keluarga.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Big-Foot, Encik Sanny berkata menjadi tanggungjawab Bigfoot sebagai badan korporat untuk memberi kembali kepada masyarakat.



"Kakitangan dan pengurusan Bigfoot sangat bersemangat mendekati dan membantu dalam sebarang cara yang kita boleh, untuk menyokong mereka yang memerlukan.



"Menyertai program ini bukan sahaja membolehkan kami membuat perubahan, tetapi juga memberi motivasi untuk terus membuat sumbangan bermakna dalam masyarakat," kata Encik Sanny.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >