Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

73,000 individu kumpulan usia 12-39 tahun sudah tempah slot vaksinasi Covid-19

Jun 11, 2021 | 08:08 PM



SEKITAR 73,000 individu berusia antara 12 dengan 39 tahun telah menempah janji temu vaksinasi sehingga Jumaat (11 Jun), hari pertama di mana Singapura melanjutkan program vaksinasi bagi kumpulan usia ini.



Kementerian Kesihatan (MOH) memberitahu akhbar The Straits Times, angka ini bersmaan dengan tiga suku daripada 100,000 individu dalam kelompok usia ini yang telah menerima undangan SMS bagi menempah janji temu vaksinasi.



"Lebih banyak SMS akan dikirimkan secara beransur-ansur dengan lebih banyak slot vaksinasi akan tersedia untuk tempahan," kata MOH lagi.



Dalam satu sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian pada Khamis (10 Jun), Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata kumpulan 12-39 tahun ini adalah yang besar dengan 1.5 juta orang.



Dalam kalangan mereka, warga Singapura adalah antara yang diberi keutamaan membuat tempahan dalam tempoh dua minggu.



Beliau juga mengatakan mereka yang memilih vaksin Moderna kemungkinan besar akan mendapat slot lebih awal berbanding vaksin Pfizer-BioNTEch, memandangkan pelajar lebih muda antara 12 dengan 15 tahun hanya boleh mengambil suntikan Pfizer.



Hasil pemeriksaan The Straits Times, didapati slot vaksinasi paling awal bagi vaksin Moderna adalah Sabtu manakala slot paling awal buat vaksin Pfizer pula adalah 21 Jun.



Encik Ong berkata sehingga Rabu, 4.4 juta dos telah ditadbir dengan lebih 2.5 juta orang sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan dos vaksin Covid-19. Secara umum, sekitar 44 peratus penduduk sudah menerima suntikan pertama mereka.



Menurut Encik Ong, hampir 75 peratus warga emas melebihi usia 60 tahun sudah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin atau menempah janji temu bagi vaksinasi.



Kadar bagi kumpulan 45-48 tahun pula 74 peratus manakala 65 peratus buat mereka yang berusia 40-44 tahun yang mula mendapatkan vaksinasi pada 19 Mei.



Bagi pelajar, sekitar 85 peratus sama ada sudah mendapatkan suntikan dos pertama atau menempah janji temu, tambah Encik Ong.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >