Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

77 disaman langgar pengurusan selamat di taman awam

Jun 12, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 77 orang telah disaman kerana melanggar langkah pengurusan selamat di taman awam sejak tempoh sekatan Covid-19 dipertingkat bulan lalu.



Lembaga Taman Negara (NParks) juga telah memberi nasihat kepada lebih 6,000 orang kerana tidak memakai pelitup dan mengeluarkan lebih 800 nasihat bagi kumpulan yang berhimpun lebih dua orang, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).



Antara lain, individu yang disaman melanggar langkah pengurusan selamat (SMM) di taman-taman yang diuruskan oleh NParks tidak memakai pelitup meski tidak melakukan senaman lasak atau berhimpun dalam kumpulan lebih dua orang, kata MSE.



Dalam kenyataannya semalam, MSE berkata berdasarkan pengawasannya dan maklum balas yang diterima, taman-taman serta ruang dikongsi di estet perumahan HDB - gelanggang sukan dan tempat teduh - adalah tempat-tempat di mana SMM lebih kerap dilanggar.



"Agensi-agensi telah mempergiat penguatkuasaan di tempat-tempat itu," kata MSE.



Tempat-tempat di mana SMM didapati kerap dilanggar akan ditutup, kata MSE.



Sebagai contoh, ia telah menutup dewan berbumbung di Blok 90, Pipit Road yang didapati berulang kali digunakan bagi sesi menari beramai-ramai oleh kumpulan lebih 12 orang.



Dalam pada itu, MSE juga berkata ia telah menutup dua tempat makanan dan minuman (F&B) yang melanggar peraturan.



The STARZ Bistro di 66 East Coast Road diarah Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) supaya tutup selama 10 hari selepas ia didapati membenarkan pelanggan makan dan minum alkohol selepas 10.30 malam pada 22 Mei.



Steamov Steamboat Buffet Restaurant di 367/369 Beach Road pula diarah URA supaya tutup 30 hari kerana membenarkan pelanggan makan dan minum di sana pada 28 Mei.



Ini adalah kali ketiga restoran tersebut didapati melanggar peraturan.



Perintah penutupan akan berkuat kuasa apabila makan di kedai dibenarkan lagi pada 21 Jun ini.



Dua cawangan runcit, Pasar Raya Giant di Bedok Shopping Complex serta Cold Storage di 2 First Street, pula disaman kerana tidak mempunyai kakitangan untuk mengawasi pintu masuk Safe Entry.



Mereka disaman $1,000 masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >