Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

77 peratus permohonan asatizah bagi SIRS dilulus

Feb 02, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 77 peratus permohonan daripada 330 asatizah yang memohon bagi Skim Bantuan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (SIRS) telah diluluskan.



Selain itu, 10 peratus permohonan masih lagi diproses manakala 13 peratus telah ditolak kerana tidak memenuhi satu atau lebih daripada kriteria SIRS.



Demikian menurut jawapan bertulis oleh Menteri Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad kepada pertanyaan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar).



Dr Wan Rizal ingin mengetahui tentang status permohonan asatizah yang memohon bagi bantuan kewangan di bawah SIRS.



Menurut Encik Masagos, bagi asatizah yang gagal mendapatkan bantuan SIRS, mereka bagaimanapun boleh memohon bagi Geran Pemulihan Covid-19 (CRG).



"Mereka yang memerlukan bantuan dengan permohonan CRG, mereka boleh menghubungi Muis," kata beliau.



Selain daripada SIRS dan CRG, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) juga telah menawarkan pelbagai sokongan kewangan lain bagi para asatizah yang kehidupan mereka terjejas akibat Covid-19.



Ini termasuk tokokan $200,000 kepada Pakej Rahmah Pergas, yang menawarkan bantuan kewangan kepada asatizah yang telah terjejas dari sudut ekonomi ekoran Covid-19.



Pakej Rahmah itu telah menyokong 500 asatizah tahun lalu.



"Muis mengucapkan terima kasih kepada masyarakat asatizah kerana tampil semasa pandemik Covid-19 untuk menjaga, membimbing dan menyuntik semangat masyarakat Muslim.



"Asatizah kami merupakan tiang penting dalam masyarakat kita dan Muis akan terus bekerjasama rapat dengan mereka untuk menyokong keperluan kerohanian masyarakat Muslim Singapura," kata Encik Masagos lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >