Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

775 famili di Daerah South West dapat pek 'sebar kasih'

Dec 14, 2020 | 05:30 AM



SERAMAI 775 keluarga dan pelajar rentan di Daerah South West menerima set bento beku dan pek Ceria Perayaan South West kelmarin.



Mayor Daerah South West, Cik Low Yen Ling, Anggota Parlimen (AP) yang juga penasihat badan akar umbi GRC Choa Chu Kang, Encik Don Wee, dan lebih 50 sukarelawan daripada Deloitte Singapore, Persatuan Ragbi Singapura (SRU) dan Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Brickland mengedarkan pek tersebut kepada keluarga di bahagian Brickland.



Acara ini melancarkan program Festive Cheers @ South West Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) untuk menyebarkan keceriaan kepada golongan rentan sebahagian daripada kempen 'Do Good, Send Love' Elpis @ Hideout Pte Ltd.



Bertemakan 'Kepada Masyarakat South West Kita, Dengan Rasa Kasih', program Festive Cheers @ South West tahun ini memaparkan rangkaian aktiviti yang diadakan dengan kerjasama rakan untuk menyebarkan kasih sayang dalam komuniti.



Kira-kira 8,000 isi rumah di daerah tersebut akan menerima paket perayaan dalam beberapa bulan akan datang.



Set bento beku ditaja melalui usaha penggumpulan dana oleh Elpis @ Hideout Pte Ltd dan terdapat dalam banyak pilihan pemenang Chef-in-Box.



Mereka dapat disiapkan dengan mudah dengan gelombang mikro atau memanaskan di dalam periuk sehingga penduduk dapat menikmati makanan panas setiap kali mereka suka.



Pek Cheers South West Festive tahun ini, yang ditaja oleh rakan kongsi lama Koh Kock Leong Enterprise Pte Ltd, juga akan memasukkan barangan berkaitan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >