Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

7,800 flat BTO dilancar Ogos

Beberapa projek mungkin ditangguh hingga 6 bulan dek sekatan pemutus litar
May 30, 2020 | 05:30 AM



MEREKA yang tidak boleh memohon bagi flat Bina Mengikut Tempahan (BTO) pada Mei kerana pemutus litar boleh berbuat demikian dalam masa tiga bulan nanti.



Ini sedang flat yang pada awalnya dijadualkan dilancarkan pada bulan ini akan digabungkan dalam pelancaran BTO pada Ogos.



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menawarkan sekitar 7,800 flat BTO di Ang Mo Kio, Bishan, Choa Chu Kang, Geylang, Pasir Ris, Tampines, Tengah dan Woodlands pada Ogos.



Lagi 5,700 flat di Bishan, Sembawang, Tampines, Tengah dan Toa Payoh akan ditawarkan pada November.



Daripada flat yang bakal ditawarkan itu, flat di Choa Chu Kang dan Tampines North adalah daripada pelancaran Ogos manakala flat di Tengah adalah daripada pelancaran pada November, akan mempunyai masa menunggu lebih singkat, kata kenyataan HDB semalam.



Tetapi beberapa projek BTO dijangka ditangguhkan sehingga enam bulan kerana penangguhan kegiatan binaan di tengah-tengah tempoh pemutus litar.



Perkembangan terkini itu diberi selepas HDB berkata pada April bahawa pelancaran BTO pada Mei akan ditangguhkan sehingga makluman lebih lanjut.



Pada Mei, sekitar 3,700 flat BTO di Choa Chu Kang, Tengah, Pasir Ris dan Tampines serta kira-kira 160 flat berkonsep 'assisted living' atau digabungkan dengan khidmat penjagaan kesihatan untuk warga emas di Bukit Batok sepatutnya dilancarkan.



Sejajar dengan penggantungan berterusan kegiatan berpusat warga emas, pelancaran flat tersebut di Bukit Batok akan ditangguhkan sehingga tarikh lebih lewat apabila pihak HDB dapat mendekati warga emas untuk berkongsi butiran mengenai flat berkenaan.



HDB juga mengumumkan semalam bahawa beberapa khidmat penting akan disambung semula pada 2 Jun berdasarkan temu janji yang dijadualkan - tiada 'walk-in' dibenarkan di cawangan HDB dan HDB Hub.



Pegawai HDB akan menghubungi pelanggan secara langsung untuk menjadualkan janji temu dan pelanggan tidak boleh menempah janji temu mereka sendiri, kata HDB.



Khidmat yang bersambung semula termasuk tempahan flat, pengambilan kunci bagi flat baru dan flat sewa, penandatanganan perjanjian bagi sewa, urus niaga flat jualan semula yang sudah selesai dan pemindahan pemilikan flat serta kaunseling kewangan mengenai bantuan.



Sementara itu, pemeriksaan perumahan bagi urus niaga flat jualan semula yang sedang berjalan di samping kerja penyenggaraan penting juga akan disambung semula dengan janji temu yang dijadualkan.



Mulai 8 Jun pula, HDB berkata ia akan menjadualkan janji temu bagi khidmat lain secara bertahap-tahap - termasuk penandatanganan dokumen penyewaan dan pemberian kunci bagi hartanah komersial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >