Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

79 projek binaan diberi permit lakukan kerja senyap tertentu pada Ahad, cuti umum

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 79 projek pembinaan yang belum selesai diberi permit menjalankan kerja binaan yang lebih senyap pada Ahad dan cuti umum.



Ini diberikan dalam tempoh Fasa Peralihan kepada tempoh Daya Tahan Covid-19 sekarang yang bermula 22 November lalu.



Sebagai perbandingan, 70 permit sedemikian diberi semasa Fasa Stabilisasi dari 27 September hingga 21 November lalu.



Menteri Negara (Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan, berkata demikian di Parlimen semalam untuk menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang), yang ingin tahu bilangan projek sedemikian.



Encik Tan berkata kerja pembinaan tidak dibenarkan pada Ahad dan cuti umum di tapak terletak dalam lingkungan 150 meter dari hospital, rumah penjagaan warga emas atau bangunan perumahan.



Namun, kontraktor boleh memohon permit daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) bagi menjalankan kerja tertentu yang lebih senyap pada Ahad dan cuti umum.



"Kerja lebih senyap ini tertakluk pada keadaan tertentu, termasuk bunyi bising dan waktu bekerja terbatas," ujar Encik Tan.



Encik Yip kemudian bertanya apakah Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) akan menimbangkan langkah meningkatkan penguatkuasaan bagi mengurus bunyi bising daripada kegiatan pembinaan pada Ahad dan cuti umum.



Encik Tan menjawab bahawa NEA telah meningkatkan penguatkuasaan, termasuk mewajibkan kontraktor yang melakukan kesalahan itu memasang video agar penguatkuasaan boleh dilakukan secara lebih berkesan.



Encik Yip juga bertanya apakah pihak berkuasa boleh mengurangkan lagi waktu kerja jika tapak pembinaan terletak berdekatan kawasan perumahan.



Encik Tan berkata: "Ini adalah sesuatu yang kami cuba gimbangi, antara mewujudkan sekitaran lebih selesa, dan juga memastikan projek kerja pembinaan boleh dilakukan dalam tempoh dan kos tertentu.



"Ini akan menjejas bukan tempoh kerja itu sahaja, malah boleh membawa lebih banyak ketidakselesaan dan bunyi bising berpanjangan bagi penduduk kita."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >