Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 dalam 10 warga Singapura puas hati dengan keseimbangan hidup dan kerja

Jul 11, 2019 | 08:37 AM



LAPAN dalam 10 warga Singapura berpuas hati dengan keseimbangan kerja dan hidup mereka, menurut hasil tinjauan yang dijalankan agensi pengambilan pekerja Michael Page. 


Tinjauan Pekerjaan dan Kegembiraan Singapura 2019 yang dijalankan agensi tersebut melihat kepada beberapa aspek pekerjaan dan tahap kegembiraan pekerja. 


Seramai 1,328 karyawan di Singapura dari pelbagai tahap pekerjaan telah ditinjau. 


Hasil tinjauan itu mendapati 70 peratus daripada responden menjawab panggilan atau e-mel dari tempat kerja walaupun di luar waktu kerja.


Sekitar 84 peratus berkata mereka mempunyai tanggungjawab yang memerlukan mereka kekal boleh dihubungi. 


Namun, separuh daripada mereka yang ditinjau berkata alat-alat elektronik kerja memberi kesan positif terhadap keseimbangan hidup dan pekerjaan mereka kerana ia membolehkan jadual pekerjaan yang tidak tetap. 


Secara keseluruhan, 80 peratus berkata mereka gembira dengan keseimbangan hidup dan pekerjaan mereka. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >