Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 ditangkap disyaki merusuh dengan senjata bahaya

Nov 11, 2020 | 10:40 PM



POLIS telah memberkas tujuh remaja lelaki dan seorang remaja perempuan berusia antara 16 hingga 20 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes rusuhan dengan senjata berbahaya.

 



Kenyataan polis pada Rabu malam (11 Nov) berkata pihaknya diberitahu tentang kejadian di Eunos Crescent itu pada 10 November, sekitar 3.40 petang.




Setibanya polis di tempat kejadian, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mendakwa dia cedera ketika sekumpulan remaja yang sepatutnya dia temui dikatakan menyerangnya.




Melalui siasatan susulan dan dengan bantuan rakaman CCTV dan kamera polis, pegawai Divisyen Polis Bedok berjaya mengenalpasti identiti suspek dan menangkap mereka dalam masa 16 jam.




Lapan suspek akan didakwa di mahkamah pada 12 November 2020 kerana melakukan rusuhan dengan senjata berbahaya di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan Bab 224.




Sekiranya disabitkan kesalahan, mereka akan dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan hukuman sebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >