Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 F&B diarah tutup, 56 individu didenda langgar pengurusan selamat

Jul 10, 2021 | 05:30 AM



LAPAN cawangan makanan dan minuman (F&B) diarah tutup, manakala 13 cawangan F&B dan 56 individu dikenakan denda kerana melanggar Langkah Pengurusan Selamat (SMM).



Ini menyusuli pemeriksaan penguatkuasaan yang diperketat sepanjang beberapa minggu lalu, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam satu kenyataan.



Kesemua lapan premis diarah tutup atas kesalahan seperti kegagalan beberapa kali untuk memastikan pelanggan duduk sekurang-kurangnya satu meter antara satu sama lain, membolehkan kumpulan berinteraksi antara satu sama lain dan membenarkan kumpulan dengan lebih dua individu yang bukan daripada isi rumah yang sama duduk rentas beberapa meja.



Antaranya termasuk restoran Nandos di Plaza Singapura, Food Junction di Bugis Junction, dan restoran Sakunthala di Dunlop Street.



Sementara itu, 13 premis telah dikenakan denda $1,000 setiap satu kerana melanggar peraturan langkah pengurusan selamat termasuk pelanggan duduk kurang 1 meter antara satu sama lain dan memainkan muzik yang dirakam untuk pelanggan.



Ia termasuk beberapa pusat hiburan seperti Beer Belly di Beach Road, Happiest Hour Bistro & Bar di Lorong Chencharu dan Sky Bar Entertainment LLP di Beach Road.



Sementara itu, 20 individu dikenakan denda $300 setiap seorang kerana berhimpun dalam kumpulan lebih dua semasa makan di beberapa cawangan makanan dan minuman.



Tiga kakitangan sebuah kedai makan juga didenda $300 kerana gagal memakai pelitup.



Di samping itu, sejumlah 33 individu didenda kerana melanggar perintah SMM dari 2 hingga 4 Julai di beberapa taman dan pantai yang diuruskan Lembaga Taman Negara (NParks) kerana tidak memakai pelitup apabila tidak melakukan senaman, dan berhimpun dalam kumpulan lebih besar daripada had dibenarkan.



Kesemua tempat bermain air, kemudahan rekreasi air, tapak berkhemah dan pit barbeku di taman-taman yang diuruskan NParks akan kekal ditutup.



MSE mengingatkan warga bahawa makan di tempat-tempat makanan dan minuman terus merupakan aktiviti berisiko tinggi.



"Sedang sekatan dilonggarkan untuk membenarkan kumpulan sehingga lima orang makan bersama bermula 12 Julai nanti, kami menggesa semua orang untuk mematuhi SMM dan mengamalkan kebersihan untuk mengekang penularan Covid-19," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >