Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 kes baru Covid-19, termasuk 2 anak kecil berusia 8 bulan dan 1 tahun, dikaitkan dengan kelompok syarikat pembersihan

May 29, 2021 | 11:10 PM



LAPAN daripada kes baru Covid-19 yang disahkan pada Sabtu (29 Mei), termasuk seorang anak kecil perempuan  berusia lapan bulan, telah dikaitkan dengan kelompok melibatkan pekerja pembersihan Hong Ye Group yang bekerja di Changi Business Park.

Kini terdapat 17 kes dalam kelompok itu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu malam.

Anak kecil yang didapati positif itu adalah ahli keluarga Kes 63,677, seorang penyelia pembersihan berusia 30 tahun di Hong Ye Group.

Seorang lagi anggota keluarga pekerja  itu, seorang anak kecil lelaki berusia satu tahun, juga disahkan menghidap Covid-19.

MOH menyatakan anak kecil perempuan  berusia lapan bulan itu tidak menghadiri kemudahan jagaan kanak-kanak.

Sementara anak kecil lelaki berusia satu tahun itu adalah pelajar di Little Explorers Cove @ Boon Lay, dan kali terakhir berada di sekolah pada April.

Kedua-dua anak kecil itu dikenal pasti sebagai kenalan rapat Kes 63,677 dan telah dikuarantin pada 24 Mei.

Sementara itu, seorang guru berusia 40 tahun di Sekolah Rosyth adalah seorang daripada empat kes dalam masyarakat  yang tidak ada kaitan.

Guru itu kali terakhir berada di sekolah pada 18 Mei dan mengalami hidung tersumbat pada 25 Mei.

Beliau menjalani ujian pantas antigen (ART) dan ujian respons  rantai polimerase (PCR) pada 27 Mei dan segera diasingkan apabila hasil ARTnya didapati positif, kata MOH.

Beliau telah menerima dua dos vaksin – yang pertama pada 13 Mac dan yang kedua pada 3 April.

Sehingga tengah hari Sabtu, terdapat 33 kes baru Covid-19,  menjadikan jumlah kes di Singapura mencapai 62,003.

Angka itu merangkumi 23 kes dalam masyarakat dan 10 kes yang diimport.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >