Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 kes Covid-19: Madrasah Irsyad ambil langkah lindungi pelajar

Sep 09, 2021 | 05:30 AM



KEBANYAKAN murid Madrasah Irsyad Zuhri Al-Islamiah tidak akan kembali ke sekolah minggu hadapan apabila cuti penggal seminggu berakhir, dengan sekolah tersebut mengambil langkah berjaga-jaga tambahan untuk melindungi mereka.



Ini selepas lapan murid darjah empat dari kelas yang sama disahkan positif bagi Covid-19.



Semalam, pengetua madrasah yang terletak di Braddell Road itu, Encik Noor Isham Sanif, berkata semua bilik darjah dijangka telah dibasmi kuman sepenuhnya pada minggu depan, tetapi murid darjah satu hingga lima akan menjalani pembelajaran di rumah (HBL) sehingga 17 September.



Hanya murid darjah enam yang sedang membuat persiapan bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dibenar kembali ke sekolah.



Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin mengumumkan lapan kes Covid-19 dikesan di madrasah itu.



Laporan lanjut: Semua 8 kes Covid-19 di Madrasah Irsyad rakan sedarjah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >