Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8 pekerja Bangladesh radikal ditahan di sini

May 03, 2016 | 04:02 PM



SERAMAI lapan lelaki warga Bangladesh radikal yang bekerja dalam industri binaan dan marin di sini telah diberkas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), mereka merupakan anggota kumpulan rahsia yang dinamakan Islamic State in Bangladesh (ISB).



Kumpulan itu ditubuhkan salah seorang daripada lapan lelaki itu, iaitu Rahman Mizanur, seorang pemegang Pas Khas (S-Pass) berusia 31 tahun, Mac lalu.



Anggota ISB itu ingin menyertai kumpulan militan ISIS sebagai pejuang asing. Namun oleh kerana mereka rasa sukar untuk ke Syria, mereka menumpukan rancangan mereka untuk kembali ke Bangladesh bagi menggulingkan pemerintah negara itu menggunakan kekerasan.



Siasatan menunjukkan bahawa Rahman memiliki dokumen membuat senjata dan bom serta bahan radikal ISIS dan Al-Qaeda yang digunakannya untuk merekrut anggota ISB di sini sejak Januari lalu.



Menurut MHA, ISB merupakan ancaman kepada keselamatan Singapura kerana ia menyokong ISIS dan bersedia menggunakan keganasan di luar negara.



Malah, Rahman juga berkata dia akan menjalankan serangan di mana-mana sahaja sekiranya diarahkan ISIS untuk melakukan demikian.



Namun sejauh ini, ia tidak menunjukkan bahawa Singapura merupakan antara sasarannya.



Sebagai sebahagian sisasatan terhadap ISB, lagi lima pekerja Bangladesh di sini turut disiasat di bawah ISA.



Siasatan menunjukkan bahawa mereka tidak terlibat dengan ISB tetapi memiliki atau menyebar bahan berkaitan jihad, atau menyokong keganasan bersenjata bagi tujuan agama. Mereka telah dihantar balik ke Bangladesh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >