Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:56
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

80% banduan terima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin Covid-19

Jul 10, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 80 peratus banduan yang layak dan lebih 90 peratus kakitangan Khidmat Penjara Singapura yang layak telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksinasi Covid-19 sehingga 30 Jun lalu.



Ini telah diumumkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



"Mencapai kadar vaksinasi yang tinggi merupakan kunci dalam sekitaran seperti penjara.



"Ia akan memastikan bahawa rutin di penjara dan program pemulihan dapat berjalan dengan selamat dan tanpa gangguan," katanya dalam satu catatan di Facebook semalam.



Sebelum ini, kelompok jangkitan Covid-19 telah dikesan di Kompleks Penjara Changi.



Malam kelmarin, Khidmat Penjara Singapura (SPS) berkata kelompok itu tidak lagi aktif setelah tiada kes baru dikaitkan dengannya dalam tempoh 28 hari lalu - iaitu dua tempoh inkubasi virus.



SPS berkata kesemua 13 banduan yang menjangkiti Covid-19 telah pulih, dan agensi itu telah melaksanakan langkah dipertingkat untuk mengesan dan mengawal virus tersebut.



Kes induk dalam kelompok itu ialah seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang masak di kompleks penjara itu. Seramai 13 banduan yang kemudian didapati positif telah duduk dalam bilik penjara yang sama, dan bekerja dalam dapur penjara yang sama.



Semalam, Dr Faishal mengingatkan orang ramai bahawa vaksinasi terhadap Covid-19 melindungi bukan sahaja diri individu tetapi juga mereka yang tercinta dan masyarakat secara umum.



"Saya menggesa semua orang agar mengambil suntikan vaksin agar kita dapat menangani krisis ini bersama," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >