Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

80% institusi pendidikan telah daftar bagi suntikan

Mar 26, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 80 peratus kakitangan institusi pendidikan yang diundang mengambil vaksin Covid-19 telah mendaftar untuk melakukannya, kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong.



Hampir 50,000 surat dihantar pada 10 Mac dalam undangan pertama bagi mendorong pendidik mengambil suntikan agar dapat mengurangi risiko penularan Covid-19 dalam masyarakat.



Sambutan daripada sektor pendidikan sangat positif, ujar Encik Wong sambil berkata beberapa kakitangan sudah mengambil suntikan pertama.



"Saya gembira melihat mereka telah tampil, dengan niat melindungi bukan diri sendiri sahaja, bahkan pelajar dan masyarakat sekolah," kata beliau dalam satu pos di Facebook semalam.



Vaksinasi bagi guru dilaksana sedang Kementerian Kesihatan (MOH) memperluas program vaksinasi nasional bagi mereka yang menawarkan perkhidmatan penting dan bekerja di barisan hadapan.



Usaha ini melibatkan mereka yang bekerja di sekolah rendah, sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Millennia serta sekolah pendidikan khas, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan politeknik.



Vaksinasi juga akan diberi kepada kakitangan prasekolah yang mempunyai lesen daripada Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda) dan semua tadika berdaftar bersama MOE, serta mereka di pusat intervensi awal dan program yang dibiayai atau didaftar dengan Ecda bagi kanak-kanak berkeperluan pembangunan berumur enam tahun ke bawah.



Kakitangan sekolah swasta berdaftar bersama MOE, termasuk sekolah antarabangsa, yang mempunyai pelajar sepenuh masa bawah 18 tahun, dan madrasah juga akan diberi vaksin.



Dalam pos Facebooknya, Encik Wong memapar pengalaman beberapa pendidik yang telah mengambil vaksin itu atau merancang mendapatkannya.



Antara mereka ialah Cik Rasidah Rahim, pengetua Sekolah Menengah Queenstown, yang berkata beliau terdorong mengambilnya setelah ibu bapanya dikenal pasti sebagai kontak rapat kes Covid-19 baru-baru ini.



"Saya amat bimbang tentang mereka kerana mereka sudah berumur, lebih 70 tahun. Syukur mereka baik-baik saja.



"Apabila saya diberitahu tentang program vaksinasi, saya mendaftar kerana saya ingin memastikan keselamatan dan kesejahteraan orang-orang di sekitar saya.



"Dengan mendapatkan vaksin, saya berasa lebih yakin dan ia menjadi perlindungan tambahan bagi diri saya, keluarga, kakitangan dan pelajar saya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >