Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

80 pekerja pembersih terima pek penghargaan dari penduduk Nee Soon

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

80 pekerja pembersih terima pek penghargaan dari penduduk Nee Soon

Dec 14, 2020 | 05:30 AM

DENGAN kebersihan menjadi keutamaan semasa pandemik Covid- 19, pekerja pembersihan antara golongan penting yang sibuk memastikan sekitaran estet perumahan bersih dan selamat untuk penduduk.

Ini termasuk menyapu kolong blok HDB dan membersihkan tempat yang kerap disentuh ramai seperti butang lif, kongsi pekerja pembersihan di kawasan Nee Soon East, Encik Ramli Awang dan Encik Mohd Ismail Mohd Kassim.

Usaha Encik Ramli, 55 tahun, dan Encik Ismail, 67 tahun, serta rakan pekerja pembersihan lain di kawasan itu dihargai penduduk semalam.

Sekitar 80 pekerja pembersihan diberikan pek penjagaan yang dibungkus secara peribadi, kad penghargaan yang dilukis murid prasekolah dan potongan rambut percuma di Hab Warga Emas Nee Soon semalam.

Dinamakan Home with a Heart by Nee Soon, inisiatif itu adalah hasil Kelab Masyarakat Nee Soon East, dengan kerjasama Prasekolah Sunflower dan kedai gunting rambut Backalley Barbers.

Ia bertujuan menghargai pekerja di barisan depan atas kerja keras dan komitmen mereka menjaga kebersihan dan keselamatan penduduk kawasan itu di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Encik Ismail, yang telah bertugas sebagai pekerja pembersihan di kawasan Nee Soon selama 17 tahun, meluahkan rasa syukur atas penghargaan yang diberikan.

"Alhamdulillah... saya ucapkan terima kasih kepada penduduk yang menghargai dan memandang usaha kami. Saya sangat terharu," ujarnya.

Serupa, Encik Ramli, yang sudah 22 tahun membersihkan kawasan Nee Soon, menambah:

"Saya berterima kasih kerana ada orang yang ambil berat dan prihatin tentang pekerja pembersihan. Setidak-tidaknya, ada orang yang pandang kerja kami."

Sukarelawan inisiatif Home with a Heart by Nee Soon, Encik Tan Meng, memuji kerja keras pekerja pembersihan itu.

"Dengan lebih ramai orang duduk di rumah, pekerja pembersihan harus membuang lebih banyak sampah. Mereka juga harus melakukan tugas itu sambil menggunakan pelitup," kata pengerusi jawatankuasa perundingan penduduk itu.

"Tugas pekerja pembersihan sudah mencabar pada hari-hari biasa, apatah lagi semasa pandemik Covid-19. Justeru, adalah wajar bagi kami tunjukkan penghargaan kepada mereka."

Encik Tan menambah bahawa pekerja pembersihan di sini - sama ada warga tempatan atau pekerja asing - telah membuat pelbagai pengorbanan semasa wabak ini.

"Dedikasi anda dalam membersihkan estet tidak hilang tanpa disedari. Kami tahu ia bukan mudah untuk (pekerja asing) tinggalkan keluarga dan kerja di sini untuk mencari nafkah dan bagi pekerja pembersih tempatan, anda telah berkorban dengan mendedahkan diri anda kepada wabak koronavirus.

"Terima kasih kerana bekerja keras," katanya lagi.

Laporan lanjut: Urus sisa toksik jadi 'mainan' setiap hari

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3