Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

80% pelajar madrasah yang diundang bagi vaksinasi sudah tempah slot: Dr Maliki

Jun 05, 2021 | 07:30 PM



Lebih 80 peratus pelajar madrasah yang bakal tamat sekolah dan diundang mengambil vaksin, sudah pun menempah slot vaksinasi, kata Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohd Maliki Osman. 



 



Ini sesuatu yang sangat menggalakkan dalam usaha negara memerangi pandemik Covid-19, menurut beliau dalam satu catatan pos di Facebook, selepas menyaksikan operasi di  salah sebuah pusat vaksinasi di Our Tampines Hub pagi tadi (5 Jun). 



 



“Ini adalah sesuatu yang menggalakkan kerana ia menunjukkan bahawa pelajar dan ibu bapa mereka menghargai dan memahami peri-pentingnya vaksinasi dalam kita memerangi Covid-19,” kata Dr Maliki.



 



Lebih 1,500 pelajar madrasah berusia 12 tahun ke atas dijangka sudah diundang untuk vaksinasi, tambahnya. 



 



Dalam lawatannya itu, Dr Maliki bertemu dengan beberapa pelajar termasuk dua pelajar dari Madrasah Aljunied yang mengambil dos pertama vaksin mereka serta melahirkan rasa gembira bahawa para pelajar madrasah telah memberi sambutan positif.



 



“Saya ingin menggalak semua pelajar yang layak agar mendapatkan vaksin apabila vaksin ditawarkan kepada mereka.



“Ini adalah cara kita melindungi bukan hanya pelajar dan institusi pendidikan, tetapi juga keluarga kita dan masyarakat lebih luas,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >