SERAMAI 80 pelajar daripada Politeknik Singapura (SP) dan Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah bersama sukarelawan daripada Masjid Muhajirin berganding bahu mengagihkan habuan kepada lebih 100 penerima zakat yang tinggal di sekitar kawasan Toa Payoh Sabtu lalu.
Selain itu, Masjid Muhajirin juga telah mengadakan majlis iftar bagi penerima dan penduduk di kawasan kejiranan tersebut yang diadakan di pekarangan masjid itu sendiri.