Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

80% pemohon kerja tidak rasa dibezakan ikut jantina, bangsa dan agama: tinjauan MOM

Feb 03, 2020 | 08:32 PM



Lebih 80 peratus pemohon kerja di sini tidak merasa bahawa jantina, bangsa, agama, kerakyatan, status perkahwinan atau bilangan anak menyekat mereka dalam mencari pekerjaan.



Kebanyakan pekerja juga rasa mereka dilayani secara adil oleh pertubuhan dari segi terma dan manfaat pekerjaan, latihan, pembangunan kerjaya dan penilaian prestasi.



Dapatan itu diperolehi dalam satu tinjauan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) 2018 yang didedahkan di Parlimen pada Isnin (3 Februari) oleh Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, dalam jawapannya kepada Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi, Encik Leon Perera.



Encik Zaqy juga berkata aduan berhubung diskriminasi di tempat kerja merosot daripada 580 kes pada 2015 kepada 200 kes pada 2018, membentukkan kurang 1 peratus daripada semua aduan yang diterima.



Beliau menambah bahawa kadar pekerjaan penduduk Singapura berusia 55 hingga 64 tahun meningkat daripada 57 peratus pada 2009 kepada 68 peratus pada 2019.



Pada masa yang sama, penduduk wanita berusia 25 hingga 64 tahun juga menyaksikan kadar pekerjaan mereka naik daripada 64 peratus kepada 73 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >