Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

800 orang tampil bantu baiki penterjemahan bahan komunikasi pemerintah

Nov 12, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR 800 orang, daripada pelajar sekolah menengah hingga warga emas, telah tampil untuk menyumbang kepada inisiatif nasional untuk memperbaiki penterjemahan bahan komunikasi pemerintah.



Melalui projek Penterjemah Kita, para relawan ini diberikan bahan komunikasi itu dan diminta meneliti bagi sebarang kesilapan dan memberikan saranan untuk memperbaiki terjemahan.



Sebagai contoh, pada Julai tahun ini, Pejabat Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDG) menerima lebih 600 maklum balas mengenai laman web pengumpulan token TraceTogether, kongsi Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How (gambar sisipan) dalam satu dialog dalam talian kelmarin.



Semasa dialog tersebut, Encik Tan, yang juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Terjemahan Kebangsaan, telah mengumumkan satu rangka kerja pengiktirafan dan latihan baru khas bagi Penterjemah Kita (CT).



Melalui rangka kerja dua peringkat, ia bertujuan untuk menggalakkan CT mengambil bahagian dengan lebih kerap dalam pelbagai aktiviti dan mengiktiraf mereka berdasarkan tahap sumbangan mereka.



"Kami menghargai masa dan usaha yang anda ambil untuk memberikan maklum balas anda dan saranan yang berlainan, dan ini adalah cara kecil bagi kami untuk menunjukkan penghargaan kami, sambil membantu anda mengembangkan kemahiran terjemahan anda," kata Encik Tan semasa ucapannya semalam.



Rangka kerja dua peringkat ini dibahagikan kepada peringkat asas dan peringkat lanjutan.



Mulai tahun hadapan, CT yang melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya lima aktiviti penterjemahan sepanjang tahun akan menerima e-baucar di bawah peringkat lanjutan.



Ini termasuk aktiviti seperti menghadiri dialog, mengambil bahagian dalam pertandingan, mengambil bahagian dalam latihan maklum balas atau melaporkan kesilapan terjemahan dalam bahan komunikasi pemerintah.



Di bawah peringkat asas pula, seorang CT hanya perlu mengambil bahagian dalam salah satu daripada tiga aktiviti untuk menerima e-sijil.



Mereka yang berada di peringkat asas selama tiga tahun berturut-turut akan layak untuk mendapat sijil penyertaan elektronik dan boleh memohon subsidi untuk menghadiri kursus terjemahan atau mengambil pensijilan berkaitan terjemahan.



Selain itu, Encik Tan berkata menjelang Mac tahun depan, semua CT akan diundang untuk menyemak dan membaca pruf bahan komunikasi dengan menggunakan laman portal SG Translate Together.



Melalui laman ini, pengguna akan dapat memperbaiki teks yang diterjemah oleh mesin dan menyerahkan salinan pasca-suntingan mereka ke laman tersebut.



Menurut Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), penterjemah warga ini terdiri daripada kira-kira 660 penutur bahasa Cina, 60 penutur bahasa Melayu dan 50 penutur bahasa Tamil.



Kelmarin, seramai 180 CT dan individu yang berpotensi telah menghadiri sesi dialog itu.



Antara mereka adalah Cik Nur-El-Hudaa Jaffar, 51 tahun yang telah mendaftar untuk menjadi seorang CT pada April 2020.



Mengalu-alukan perkongsian ini, Cik Nur-El-Hudaa gembira dapat menyampaikan beberapa keprihatinan beliau.



Ini termasuk penyelarasan istilah, akses kepada maklumat penting dalam bahasa bukan Inggeris, dan maklum balas berkenaan penyemakan yang dibuat oleh CT.



"Projek CT ini membolehkan CT menyampaikan maklumat yang jelas dan tepat bagi kebaikan dan pengetahuan masyarakat.



"Selain itu, orang awam sendiri juga dapat memberi maklum balas tentang keberkesanan penyampaian mesej atau maklumat," ujar beliau yang merupakan perunding editorial dan penterjemah bebas.



Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya. 




"Kami menghargai masa dan usaha yang anda ambil untuk memberikan maklum balas anda dan saranan yang berlainan, dan ini adalah cara kecil bagi kami untuk menunjukkan penghargaan kami, sambil membantu anda mengembangkan kemahiran terjemahan anda."
- Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >