Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

80,000 pekerja pengangkutan darat jalani vaksinasi mulai 25 Jan

Jan 25, 2021 | 10:03 PM



SATU program memberi vaksinasi Covid-19 kepada sekitar 80,000 pekerja pengangkutan darat bermula pada Isnin (25 Januari) sebagai sebahagian strategi vaksinasi nasional.



Kakitangan operator bas dan kereta api seperti kapten bas adalah antara kumpulan pertama seramai 12,000 pekerja yang ditawarkan dos pertama vaksin ini.



Dalam satu kenyataan pada Isnin, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata, ia akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (MOH) dan syarikat-syarikat bagi secara progresif menawarkan vaksin Covid-19 kepada pekerja pengangkutan darat.



LTA juga menyatakan pemandu teksi dan kereta sewa provet (PHC) yang aktif akan juga diberi suntikan vaksin dengan vaksinasi sudah pun ditawarkan kepada pemandu yang terlibat dalam menyokong operasi darat pengeluaran Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Satu garis waktu yang khusus bagi program vaksinasi ini juga dalam perancangan, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Ehwal Luar), Encik Chee Hong Tat, dalam kunjungannya ke pusat vaksinasi di bekas tapak Sekolah Menengah Hong Kah.



"Sedang kami membawa lebih banyak bekalan vaksin dan berusaha mengatur program ini bersama syarikat pengangkutan - termasuk syarikat teksi, syarikat PHC kami - kami juga ingin membawa lebih ramai orang seberapa boleh dalam program ini," katanya.



Mengenai sama ada pekerja pengangkutan yang enggan menjalani vaksinasi ditukarkan ke tugasan lain, Encik Chee berkata vaksinasi tiada kena mengena dengan kerahan tugas pekerja.



Beliau menambah vaksinasi ditawarkan kepada mereka sebagai pelindungan tambahan dan langkah keselamatan yang sedia ada seperti menggunakan pelitup akan diteruskan.



Menurutnya lagi, vaksinasi bukan satu perintah mandatori tetapi beliau menggesa mereka yang layak menjalaninya agar mengambil suntikan vaksin itu.



"Ini sebenarnya adalah langkah melindungi diri anda, keluarga anda dan setiap orang dalam masyarakat," katanya.



Kapten bas, Encik Yap Kai Loon, yang bertugas bagi Tower Transit Singapore, adalah antara yang menerima dos pertama vaksin itu pada Isnin.



Beliau yang berusia 39 tahun berkata dirinya tiada masalah mengambil suntikan vaksin itu dengan beliau mahu melindungi dirinya dan penumpang yang dibawa dalam bas.



Selain pekerja pengangkutan darat, golongan lain yang sudah menerima suntikan dos pertama vaksin ini sejak vaksinasi Covid-19 dimulakan pada 30 Disember adalah pegawai tentera, pegawai Home Team, pekerja sektor penerbangan dan jagaan kesihatan. 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >