Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

800,000 pelajar diberi bahan penghalau nyamuk elak dijangkiti denggi

Jul 29, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 800,000 pelajar dari prasekolah, sekolah rendah dan menengah akan diberi bahan penghalau nyamuk menyusuli musim denggi yang memuncak dan bilangan kes mingguan yang tinggi kini.



Ini diumumkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Yayasan Temasek dalam satu kenyataan bersama semalam.



Selain daripada botol 30ml bahan penghalau nyamuk berasaskan-DEET, risalah pendidikan juga akan diedarkan kepada pelajar bulan depan.



Benefisiari ComCare juga boleh mendapatkan bahan penghalau tersebut daripada Pejabat Khidmat Sosial terdekat mereka.



Semasa menagihkan bahan penghalau nyamuk di Sekolah Rendah Pei Tong pagi semalam, Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Alam Sekitar), Encik Baey Yam Keng, telah menggesa pelajar, ibu bapa dan penjaga supaya mengambil tindakan segera secara kolektif dalam usaha memerangi denggi.



Dalam hal ini, NEA dan Yayasan Temasek berkata pihak sekolah telah mendidik pelajar cara untuk mencegah pembiakan nyamuk.



Bagi sekolah yang terletak di kawasan kelompok denggi, ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak mereka telah menyapu bahan penghalau nyamuk sebelum mereka berangkat ke sekolah.



Menurut kenyataan itu, risiko penularan denggi kekal tinggi dengan lebih 400,000 isi rumah berada dalam 300 kelompok denggi serata Singapura.



Minggu lalu, 1,062 kes denggi dilaporkan. Secara keseluruhan pula, hampir 22,000 kes dilaporkan tahun ini hingga kini, melebihi 5,258 kes yang dilaporkan tahun lalu.



Ketua rangkaian dan perkongsian masyarakat Yayasan Temasek, Cik Woon Saet Nyoon, berkata dengan jangkitan denggi semakin meningkat, Singapura tidak boleh leka.



"Mari kita pecahkan kitaran penularan ini. Kita boleh kekal bersedia dengan menggalakkan satu sama lain untuk mengambil langkah-langkah waspada seperti menggunakan bahan penghalau nyamuk apabila kita berada di luar rumah dan memastikan rumah kita tidak dijadikan tempat pembiakan nyamuk Aedes," katanya.



Orang ramai digalakkan untuk memuat turun aplikasi myENV supaya mereka boleh menerima amaran melalui aplikasi itu apabila terdapat kelompok denggi atau populasi nyamuk berhampiran rumah.




"Mari kita pecahkan kitaran penularan ini. Kita boleh kekal bersedia dengan menggalakkan satu sama lain untuk mengambil langkah-langkah waspada seperti menggunakan bahan penghalau nyamuk apabila kita berada di luar rumah dan memastikan rumah kita tidak dijadikan tempat pembiakan nyamuk Aedes."
- Ketua rangkaian dan perkongsian masyarakat Yayasan Temasek, Cik Woon Saet Nyoon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >