Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

807 kes baru Covid-19; kelompok baru di dua rumah jagaan

Sep 15, 2021 | 11:55 PM



DUA lagi rumah jagaan disahkan sebagai kelompok Covid-19, umum Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (15 Sept).



Rumah Jagaan Orange Valley di Simei dan Rumah Jagaan Jamiyah di West Coast Drive masing-masing mempunyai 13 kes positif Covid-19.



Kesemua 13 kes di Orange Valley merupakan penduduk di sana sementara di Jamiyah, 10 penduduk dan tiga kakitangan dijangkiti koronavirus itu.



Terdapat 770 kes baru jangkitan dalam masyarakat hari ini - bilangan tertinggi dalam setahun.



MOH juga berkata terdapat 34 kes baru dalam kalangan penduduk dormitori dan tiga kes import, menjadikan bilangan keseluruhan kes baru hari ini sebanyak 807.



Dalam jumlah tersebut, 238 merupakan warga emas berusia 60 tahun ke atas.



Terdapat 822 pesakit Covid-19 yang sedang mendapatkan rawatan di hospital, naik dari 809 orang pada hari sebelumnya.



76 kes memerlukan tambahan oksigen dan sembilan berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >