Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

808,000 kit ujian ART diagih kepada murid, kakitangan sekolah rendah MOE

Sep 17, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 808,000 kit ujian pantas antigen (ART) akan diagihkan kepada murid dan kakitangan di sekolah rendah, tadika Kementerian Pendidikan (MOE) dan sekolah pendidikan khas minggu ini.



Menurut jurucakap MOE, murid boleh melakukan ujian ART di rumah, dengan bantuan ibu bapa.



"Ini juga akan menjaga keselamatan pelajar dan persekitaran sekolah, dan agar pelajar dan sekolah lebih bersedia untuk menjalankan ujian sebagai sebahagian kehidupan dengan Covid-19," kata jurucakap itu.



Beliau juga menambah bahawa sekolah akan mendekati ibu bapa untuk melakukan ujian itu satu kali agar ibu bapa serta pelajar lebih mengetahui dan memahami prosedur untuk melakukan ujian ART dengan tepat di rumah.



Jika hasil ujian ART positif, pelajar harus menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) untuk pengesahan di klinik Uji Swab dan Hantar Ke Rumah (Sash).



Mereka akan diminta duduk di rumah sementara menunggu hasil ujian dan memberitahu sekolah mereka, kata jurucakap itu.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing berkata Ahad lalu bahawa kit ART akan diagihkan kepada murid sekolah rendah di seluruh negara.



Beliau berkata setiap murid sekolah rendah akan menerima tiga kit ART sebagai sebahagian daripada pendekatan empat langkah bagi memastikan sekolah selamat daripada Covid-19.



Pendekatan ini juga merangkumi penjagaan anak-anak di rumah jika mereka tidak sihat, langkah pengurusan keselamatan di sekolah serta mengenal pasti dan mengasingkan kenalan kes Covid-19.



Akhbar The Straits Times melaporkan Isnin lalu bahawa arahan berlainan telah diberikan kepada murid dari sekolah berbeza.



Ada yang diberitahu untuk mengambil ujian pada Isnin dan melaporkan hasilnya pada Selasa, sementara yang lain diberitahu untuk mengambil ujian dan melaporkan hasilnya pada akhir minggu ini.



Yang lain tidak diberitahu untuk melaporkan hasil ujian tetapi untuk mengambil satu ujian untuk membiasakan dengan prosedurnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >