Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:25
Maghrib
7:19
Isyak
8:27
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

83 peratus penduduk Bukit Batok telah mengundi

May 07, 2016 | 07:40 PM

PENDUDUK Bukit Batok mula mengundi bagi Pilihan Raya Kecil kawasan undi itu sejak 8 pagi.

Pada 5 petang tadi, seramai 21,566 rakyat Singapura telah pun mengundi, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) dalam satu kenyataan.

Seawal 7.30 pagi, sekitar 10 pengundi mula beratur di Blok 105A, Bukit Batok Central.

Pada 7.59 pagi, pengundi yang beratur telah meningkat kepada 50 orang.

Seorang penduduk yang tiba awal untuk mengundi adalah Encik Raman Mohd, 59 tahun yang bekerja di sebuah kafe.

Berita Popular

"Saya dikehendaki hadir di tempat kerja pada 10 pagi, oleh itu saya tiba awal," katanya.

"Ia merupakan tanggungjawab kami untuk mengundi, oleh itu saya tidak akan melepaskan peluang ini, kerana kami harus memilih pemerintah kami," tambah beliau.

Calon SDP, Dr Chee Soon Juan tiba di pusat pengundian di Blok 105A pada sekitar 9.05 pagi, di mana beliau telah berbual dengan penduduk.

"Saya telah ke pusat pengundian yang berbeza untuk memastikan semuanya okay," katanya.

Calon PAP, Encik Muralidharan Pillai pula tiba di pusat mengundi yang sama pada 9.30 pagi.

"Saya telah hilang kiraan pusat undian yang saya kunjungi, saya telah bermula sebelum 8 pagi, tapi ini mungkin pusat pengundian yang akhir," kata Encik Murali.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map