Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8,300 warga S'pura terima folder Generasi Merdeka

Jun 02, 2019 | 04:43 PM



 



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong telah menghadiri majlis penghargaan Generasi Merdeka anjuran Pertubuhan Akar Umbi GRC Ang Mo Kio yang pertama hari ini (2 Jun).



Semasa berucap di acara itu, Encik Lee berkata warga Singapura daripada Generasi Merdeka telah menyumbang kepada sebahagian besar Kisah Singapura – daripada mengharungi krisis ekonomi kepada membangunkan sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan.



Di majlis yang berlangsung di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central itu, beliau juga memberikan folder Generasi Merdeka kepada 300 warga Singapura yang dilahirkan pada 1950-an.



Secara keseluruhan, sekitar 8,300 warga Singapura menerima folder itu di pelbagai acara kemasyarakatan di seluruh negara hari ini.



Folder itu termasuk kad Generasi Merdeka yang boleh digunakan untuk menikmati pelbagai manfaat Pakej Generasi Merdeka.



Persatuan Rakyat (PA) berkata, Kementerian Perhubungan dan Penerangan juga akan mengadakan pameran bergerak sebagai sebahagian usaha negara untuk memberitahu dan mendekati Generasi Merdeka tentang manfaat pakej tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >