Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

837 kes Covid-19 baru di SG; kelompok baru di All Saints Home di Jurong East

Sep 15, 2021 | 12:20 AM



SINGAPURA: Terdapat 755 kes setempat baru yang dilaporkan  pada  Selasa (14 Sept), kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan hariannya.



Ini adalah jumlah tertinggi dalam lebih dari setahun.


Terdapat juga 77 kes di kalangan penghuni dormitori dan lima yang diimport, menjadikan jumlah keseluruhan 837 kes Covid-19 baru.



Kelompok baru dengan 10 kes juga muncul di All Saints Home di Jurong East.


Sembilan adalah penghuni dan seorang lagi adalah kakitangan.


Jumlah jangkitan di Singapura kini berjumlah 73,131.


Dalam seminggu, jumlah kes harian hari ini ialah dua kali ganda daripada jumlah keseluruhan pada Selasa lalu iaitu 332.


Daripada kes tempatan hari ini, 231 adalah warga emas berumur 60 tahun ke atas.


Satu kes ditambahkan ke kelompok di rumah jagaan Ren Ci, dengan jumlah keseluruhan 29 kes.


15 kes lagi ditambahkan ke kelompok Kompleks Chinatown, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 126 kes.


Pada masa ini terdapat 809 pesakit Covid-19 di hospital, termasuk 75 kes yang memerlukan bantuan oksigen dan sembilan dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.


Dari kes yang memerlukan bantuan oksigen, 59 adalah warga emas berumur 60 tahun ke atas.


Terdapat juga sembilan kes baru yang ditambahkan ke kelompok berkaitan  kakitangan di tiga pusat tukaran bas di Toa Payoh, Tampines dan Boon Lay.


Jumlah kes di kemudahan itu kini ialah 520.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >