Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

84% penduduk S’pura sudah divaksin sepenuhnya: MOH

Oct 17, 2021 | 12:15 AM



84 peratus penduduk Singapura telah menerima vaksin Covid-19 sepenuhnya sehingga 15 Oktober, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (16 Oktober). 



85 peratus pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 



MOH menjelaskan sebanyak 9,598,504 dos vaksin telah diberikan di bawah program vaksinasi nasional, yang menawarkan vaksin Pfizer-BioNTech serta Moderna. 



Secara keseluruhan, seramai 4,616,536 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah program vaksinasi nasional  manakala 4,555,676 orang sudah menyelesaikan rejim vaksinasi sepenuhnya. 



Sementara itu, MOH berkata 224,870 dos vaksin lain di bawah senarai penggunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah diberikan kepada 117,283 orang. 



Sejauh ini, sekitar 780,000 individu yang layak telah diundang untuk menerima dos penggalak. 



554,004 orang sudah menerima suntikan penggalak sementara lagi 100,000 orang sudah menempah janji temu mereka, tambah MOH. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >