Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

840 keluarga HDB akan dapat Baucar GST-rebat U-Save pada Julai

Jul 01, 2016 | 02:19 PM

KIRA-KIRA 840,000 keluarga warga Singapura penghuni flat HDB yang layak akan menerima ansuran seterusnya Baucar GST-rebat U-Save bulan ini (Julai), umum Kementerian Kewangan (MOF) pada Jumaat (1 Julai).

Setiap tahun, mereka yang tinggal di flat satu dan dua bilik menerima rebat $65 yang boleh digunakan untuk mengimbangi kira-kira tiga hingga empat bulan bil air and elektrik secara purata, kata MOF.

Penghuni flat tiga dan empat bilik masing-masing akan menerima $60 dan $55 bagi mengimbangi antara satu hingga dua bulan bil air and elekterik secara purata.

Skim Baucar GST diberi dalam tiga bahagian - komponen tunai, Medisave dan U-Save. Ia bertujuan membantu keluarga berpendapatan rendah menampung perbelanjaan mereka.

Komponen U-Save diberi setiap suku tahun.

Berita Popular

Bagi maklumat lanjut mengenai U-Save, orang ramai boleh menghubungi SP Services di 6671-7117, atau e-mel spservices@singaporepower.com.sg

Butiran Baucar GST juga boleh didapati di www.gstvoucher.gov.sg.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map