SEKITAR 840,000 keluarga warga Singapura yang tinggal di flat HDB akan menerima rebat Baucar GST-U-Save seterusnya pada bulan ini (April).
Setiap tahun, mereka yang tinggal di flat pangsa HDB satu dan dua bilik dapat mengimbangi purata kira-kira tiga hingga empat bulan bil air and elekterik mereka menggunakan rebat perbekalan, atau U-Save, itu, kata Kementerian Kewangan (MOF) pada Jumaat (1 April).
Mereka yang tinggal di flat tiga hingga empat bilik HDB boleh mengimbangi purata satu hingga dua bulan bil air and elekterik.
Skim Baucar GST diberi dalam tiga bahagian - komponen tunai, Medisave dan (U-Save). Ia bertujuan membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi perbelanjaan mereka.
Komponen U-Save diagih setiap suku tahun.
Keluarga yang layak akan menerima rebat U-Save sehingga $65, bergantung pada jenis flat HDB mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai U-Save, orang ramai boleh menghubungi SP Services di 6671-7117, atau spservices@singaporepower.com.sg e-mel.
Butiran Baucar GST juga boleh didapati di voucher.gov.sg www.gst.