Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

85% daripada semua projek BTO yang sedang dilaksanakan tertangguh; 43,000 isi rumah terjejas

Apr 07, 2021 | 09:20 PM



SEKITAR 43,000 isi rumah akan mendapat kunci flat mereka lambat sedikit disebabkan oleh kelewatan dalam kerja pembinaan kerana kekurangan tenaga kerja dan gangguan rantaian bekalan.


Daripada 89 projek BTO yang sedang dilaksanakan, sekitar 85 peratus berada kira-kira enam hingga sembilan bulan di belakang jadual, kata Kementerian Pembangunan Negara (MND) dalam jawapan parlimen bertulis pada Isnin (5 April).


Daripada 43,000 isi rumah yang terjejas pada hujung Februari, Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) telah membantu sekitar 240 isi rumah dengan flat perumahan sewa sementara.


Pada Rabu (7 April), Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata keadaan Covid-19 global menyukarkan syarikat pembinaan untuk membawa masuk tenaga kerja, tetapi HDB sedang mengambil langkah untuk mempercepat kerja pembinaan.


Untuk mempercepatkannya, kegiataan pembinaan yang kurang bising di tapak BTO boleh dilakukan pada hari Ahad dan cuti umum, kata Encik Lee.


Walaupun HDB telah mengambil langkah tambahan untuk mengurangkan tempoh penundaan, Encik Lee berkata adalah penting untuk memastikan tidak ada kompromi terhadap keselamatan dan kesejahteraan pekerja setempat dan migran, serta mutu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >