Sekitar 85 peratus pekerja yang menyokong operasi di pusat ujian dan vaksinasi Covid-19 digajikan berdasarkan kontrak jangka pendek, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (6 Mei).
Menjawab pertanyaan The Straits Times (ST), MOH berkata buat masa ini terdapat 3,700 kakitangan yang menyokong operasi sedemikian.
“Sedang kita melangkah ke arah hidup dengan Covid-19, kita akan secara beransur-ansur mengurangkan operasi di pusat ujian dan vaksinasi,” ujar MOH.
“Bagi beberapa bulan mendatang ada kakitangan ini akan dikerahkan semula ke kemudahan baru seperti pusat ujian dan vaksinasi bersama atau peranan baru dalam MOH. Yang lain pula boleh kembali ke sektor lain sedang ekonomi terus pulih,” tambah MOH.
Agensi itu mengucapkan terima kasih kepada kakitangannya di atas kerja keras mereka selama dua tahun lalu.