Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8,500 keluarga dapat habuan barang dapur lebih sihat sempena Ramadan

Apr 23, 2022 | 09:12 PM



BARANGAN dapur lebih berkhasiat dan lebih menyihatkan.

Itulah yang dinikmati sekitar 700 keluarga berpendapatan rendah yang menerima pek habuan yang diagih hasil kerjasama Persatuan Muhammadiyah dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) pada Sabtu (23 Apr).

Sekitar 100 benefisiari berada di persatuan itu di 14 Jalan Selamat untuk menerima pek tersebut.

Bakinya dihantar ke rumah penerima dengan bantuan 40 relawan Muhammadiyah.

Pek habuan itu disampaikan kepada penerima di Muhammadiyah semalam oleh Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam. 

 



Pek berharga sekitar $6.65 setiap satu itu mengandungi barangan mempunyai kandungan bijirin lebih tinggi, seperti bijirin oat, bihun perang dan minuman kurang gula.

Ia juga mengandungi panduan pemakanan sihat dan panduan berhenti merokok.

Tahun ini, HPB bekerjasama dengan 42 rakan kongsi untuk membantu 8,500 keluarga berpendapatan rendah sempena kempennya menggalak gaya hidup lebih sihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >