Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN UNDANG-UNDANG

853 permohonan perintah perlindungan dibuat

Mar 03, 2021 | 05:30 AM



SEJUMLAH 853 permohonan bagi perintah perlindungan telah dibuat sehingga 31 Disember tahun lalu, kata Menteri Kedua Undang-undang Edwin Tong semalam.



Menambah, Encik Tong berkata sebuah Mahkamah Perlindungan Daripada Gangguan akan mula beroperasi tahun ini.



Bercakap di Parlimen semasa perbahasan belanjawan bagi Kementerian Undang-undang semalam, Encik Tong berkata Akta Perlindungan Daripada Gangguan (Poha), yang berkuatkuasa pada 15 November 2014, telah diperkukuh saban tahun, dan kini merangkumi jenayah baru seperti doxxing, iaitu perbuatan mendedahkan kepada awam butiran peribadi seseorang.



Sejumlah 853 permohonan itu termasuk yang dibuat oleh mangsa-mangsa gangguan seksual dan gangguan di tempat kerja, gangguan di dalam talian dan gangguan oleh jiran-jiran, kata Encik Tong, yang juga Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



Data berdasarkan jenis gangguan pada masa ini tiada, kata Encik Tong, tetapi Mahkamah Negara sedang meneroka untuk mempertingkat sistem pengurusan kes untuk merakam dan menjejak data sedemikian.



Antara permohonan ini, 348 perintah perlindungan diluluskan, sementara 135 kes dihantar bagi pengantaraan.



Lagi 366 Perintah Perlindungan Dipercepat turut diluluskan, memberikan pelepasan sementara bagi pemohon.



Ini bermakna mahkamah memberikan pelepasan hampir serta-merta kepada dua daripada lima kes, kata Encik Tong.



Baki permohonan termasuk yang ditarik balik, ditolak atau masih belum dihuraikan.



Encik Tong juga berkata Poha telah dipinda pada 2019 untuk memuatkan kesalahan baru, termasuk doxxing.



Sehingga 31 Disember tahun lalu, ada 29 kes doxxing yang difail di Mahkamah Negara, kata beliau.



Beliau juga mengumumkan Mahkamah Perlindungan Daripada Gangguan khas akan mula beroperasi tahun ini.



Hakim di mahkamah itu telah dilatih menangani hal gangguan.



Relawan juga akan ditawarkan untuk membantu mangsa melalui proses mahkamah.



"Kami akan terus memantau keberkesanan pindaan 2019 terhadap Poha dan akan dapat memberikan penilaian lebih elastik selepas Mahkamah Poha beroperasi bagi masa tertentu," kata Encik Tong.



Dalam pada itu, Encik Tong berkata bilangan maklum balas mengenai gangguan dari jiran-jiran pada tahun lalu telah bertambah, mungkin kerana lebih ramai orang berada di rumah semasa tempoh pemutus litar.



"Menguruskan pertikaian antara jiran adalah bidang yang rumit dan mencabar. Meskipun kita bertekad untuk menghuraikan pertikaian secara aman antara pihak yang terlibat, ada jiran yang kadang-kala enggan berhubungan dengan satu sama lain... yang membuat hubungan runtuh," kata beliau.



Encik Tong menggesa pihak awam menggunakan khidmat pengantaraan dalam masyarakat, iaitu pilihan yang dimampui untuk menghuraikan pertikaian.



Menambah, beliau berkata lebih 80 peratus kes yang ditangani oleh Pusat Pengantaraan Masyarakat mencapai penyelesaian secara berdamai.



Namun, masih ada kes yang disampaikan ke Tribunal Huraian Pertikaian Masyarakat (CDRT) kata Encik Tong, yang menekankan wadah ini harus terus dianggap sebagai pilihan terakhir.



Sejak tribunal tersebut mula operasi pada 1 Oktober 2015, 591 tuntutan telah difail sehingga 31 Disember tahun lalu, kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >