Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN GCE PERINGKAT ‘O’

85.4% kohort raih 5 kelulusan atau lebih

Catat kemajuan lebih baik berbanding tahun sebelumnya meski di tengah penutupan sekolah dan pemutus litar dek pandemik Covid-19
Jan 12, 2021 | 05:30 AM



PELAJAR yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' dari Jun tahun lalu di tengah-tengah pandemik Covid-19 mencatatkan kemajuan baik berbanding tahun sebelumnya, dengan 85.4 peratus kohort meraih lima kelulusan atau lebih.



Kemajuan tersebut bermakna kohort 2020 mencatatkan prestasi terbaik peperiksaan nasional dalam sekurang-kurangnya tiga dekad meskipun semasa tempoh pemutus litar dan penutupan sekolah.



Keputusan GCE peringkat 'O' telah menunjukkan peningkatan yang baik sepanjang beberapa tahun lalu.



Pada 2019, 85.2 peratus pelajar mencatat lima kelulusan atau lebih - naik daripada 0.4 peratusan mata dari tahun sebelumnya.



Pada 2017, perangkaannya ialah 83.4 peratus dan pada 2016, peratusannya ialah 84.3 peratus.



Akibat Covid-19, para pelajar telah menerima keputusan dari sekolah masing-masing dengan memastikan adanya langkah pengurusan selamat, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) semalam.



Seperti tahun-tahun sebelum ini, calon privet akan diberitahu tentang keputusan mereka melalui kiriman pos.



Semua calon yang layak bagi SingPass juga boleh mengakses keputusan mereka secara dalam talian melalui sistem keputusan SEAB.



Pada tahun sebelumnya, pilihan ini hanya dibuka kepada calon privet sahaja.



Menurut MOE dan SEAB, seramai 23,688 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu, 99.9 peratus lulus GCE peringkat 'O'.



Ini bermakna mereka lulus sekurang-kurangnya satu subjek dan 96.8 peratus lulus sekurang-kurangnya tiga subjek.



Dalam pada itu, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), seramai 240 pelajar menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O' tahun lalu.



Bagi pelajar yang ingin memohon untuk memasuki maktab rendah, Institut Millennia, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh melakukan demikian melalui Pendaftaran Kemasukan Bersama (JAE) menggunakan keputusan peperiksaan GCE peringkat 'O'.



Sistem JAE boleh diakses mulai semalam hingga 4 petang Jumaat ini.



Pelajar yang memerlukan bimbingan tentang pilihan mereka boleh mendapatkan bantuan daripada guru atau kaunselor Pendidikan dan Bimbingan Kerjaya.



Pelajar juga boleh menggunakan portal MySkillsFuture untuk mengetahui apa yang ditawarkan selain memadankan minat dan kebolehan mereka kepada kursus dan kerjaya yang sewajarnya.



Pelajar juga boleh membuat janji temu secara dalam talian atau kaunseling melalui telefon dengan seorang kaunselor dari Pusat ECG di MOE (Grange Road).



Ini boleh dilakukan melalui sistem e-Janji temu atau menghubungi talian hotline ECG di 6831- 1420, atau kirimkan e-mel kepada MOE_ECG@moe.gov.sg.



Khidmat dalam talian atau telefon akan ditawarkan hingga 20 Januari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >