8,580 karton rokok haram dirampas, 6 lelaki warga asing ditangkap, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

8,580 karton rokok haram dirampas, 6 lelaki warga asing ditangkap

Apr 14, 2021 | 06:39 PM

ENAM lelaki berusia antara 22 dengan 37 tahun diberkas dan 8,580 karton rokok yang tidak dibayar cukai dirampas dalam satu operasi bersama Kastam Singapura dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Khamis (8 April) lalu.

Lelaki yang diberkas itu terdiri daripada lima warga Malaysia dan satu warga Indonesia, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (14 April).

Pegawai dari Kastam Singapura telah menjalankan operasi di tempat simpanan di Penjuru Walk pada malam Khamis lalu, kata kenyataan itu.

Beberapa lelaki dilihat memasuki premis itu, dan mereka mula memecahkan kepingan konkrit menggunakan tukul.

Kotak karton, yang disyaki mengandungi rokok yang tidak dibayar cukai, kemudian dikeluarkan daripada ruang kosong kepingan konkrit yang dipecahkan itu.

Discover Malay Home Based Businesses

Beberapa kotak karton itu sedang dimasukkan ke dalam trak berdaftar Singapura apabila pegawai Kastam Singapura menyerbu premis tersebut.

Operasi bersama itu membawa kepada rampasan 8,580 karton rokok yang tidak dibayar cukai yang dikeluarkan daripada 12 blok konkrit.

Trak yang digunakan juga dirampas dan enam lelaki ditahan untuk disiasat.

Jumlah duti dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan masing-masing berjumlah sekitar $732,730 dan $58,780. 

Prosiding mahkamah terhadap enam lelaki itu masih berterusan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map