Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:10
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

86 pesalah dadah ditangkap dalam operasi empat hari

Jun 19, 2015 | 04:24 PM

SEJUMLAH 86 suspek pesalah dadah, termasuk seorang yang disyaki pengedar dadah, telah diberkas Biro Narkotik Pusat dalam satu operasi empat hari di serata negara yang berakhir pagi tadi.

Dadah yang dirampas termasuk heroin seberat 157 gram, Ice (160 gram), ketamine (27 gram), 82 pil ecstasy, 293 pil Erimin-5 dan ganja.

Disokong oleh para pegawai polis, operasi tersebut merangkumi kawasan-kawasan termasuk Bukit Merah, Bukit Panjang, Boon Lay, Geylang Bahru, Marsiling, Tampines, Toa Payoh dan Woodlands.

Sebagai sebahagian daripada operasi tersebut, para pegawai CNB menyerbu sebuah rumah di kawasan Geylang Bahru Rabu lalu dan menangkap lelaki Singapura berusia 25 tahun kerana disyaki menyalahguna dadah.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian