Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

87 diberkas atas pelbagai kesalahan

Mar 28, 2017 | 09:12 AM



POLIS memberkas seramai 87 orang di Geylang atas pelbagai kesalahan semasa menjalankan satu operasi bersama membabitkan enam agensi penguatkuasa yang berakhir kelmarin (26 Mac).



Operasi yang dipimpin pasukan polis dari Divisyen Bedok dan disokong oleh para anggota dan pegawai dari Kastam Singapura, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) serta Penguasa Sains Kesihatan.



Menurut polis dalam kenyataannya, operasi itu merangkumi hotel dan kawasan jalan di Geylang.



Seramai lapan lelaki dan dua wanita diberkas kerana menjaja rokok serta menjual ubat-ubatan seksual terlarang. Nilai pasaran bagi barangan dirampas mencapai $53,000.



Seramai 34 wanita juga ditangkap atas kesalahan maksiat yang dilakukan di unit kediaman dan 41 lelaki dicekup kerana berjudi.



Siasatan ke atas kesemua yang diberkas sedang berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >