Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Setempat0

88,000 individu bekerja sendiri akan dapat bantuan di bawah skim baru

Mar 27, 2020 | 08:21 PM

SEKITAR 88,000 individu yang bekerja sendiri dijangka menerima bantuan kewangan di bawah satu skim baru yang akan diperkenalkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Skim Pelepasan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (Sirs), yang kali pertama diumumkan Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, dalam Belanjawan tambahan pada Khamis (26 Mac), akan memberikan SEP yang layak  $1,000 setiap bulan selama 9 bulan.

MOM dalam kenyataan pada Jumaat berkata SEP yang layak akan menerima tiga kali bayaran sebanyak $3,000 setiap suku tahun pada Mei, Julai dan Oktober ini.

Skim itu bertujuan membantu SEP yang kurang pendapatan semasa tempoh ketidakpastian ekonomi ini.

Sekitar 50,000 SEP kini menerima bayaran di bawah skim Daya Kerja setiap tahun dan mereka akan layak bagi Sirs.

“Disebabkan keadaan luar biasa disebabkan pandemik Covid-19, kami telah memperluaskan kriteria kelayakan di luar skim Daya Kerja untuk membolehkan lebih ramai SEP layak bagi Sirs.

“Hasilnya, Sirs dijangka memberi manfaat kepada sekitar 88,000 SEP secara automatik,” kata MOM.

Kriteria bagi SEP layak menerima bantuan di bawah skim itu ialah seperti berikut:

  • Telah bekerja sebagai SEP pada atau sebelum 25 Mac 2020;

  • Tidak meraih pendapatan sebagai pekerja;

  • Raih Pendapatan Perdagangan Bersih (Net Trade Income) tidak melebihi $100,000;

  • Tinggal dalam hartanah dengan nilai tahunan tidak melebihi $13,000; dan

  • Tidak memiliki dua atau lebih hartanah.

Butiran lanjut dan maklumat tentang proses permohonan akan dikongsi kemudian.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian