Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

880,000 isi rumah bakal terima rebat S&CC $120 juta

Mar 30, 2017 | 10:23 AM



SEKITAR 880,000 isi rumah warga Singapura yang menduduki flat HDB bakal menerima rebat bagi Bayaran Khidmat & Penyenggaraan (S&CC) bernilai $120 juta bagi Tahun Kewangan 2017 (FY2017).



Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini, pemberian rebat S&CC diumumkan Pemerintah semasa pembentangan Belanjawan 2017 sebagai sokongan tambahan kepada isi rumah.



Dari segi jumlah, setiap isi rumah warga Singapura akan menerima rebat S&CC untuk 1.5 hingga 3.5 bulan, bergantung kepada jenis flat HDB mereka.



Isi rumah yang layak akan menerima surat bermula akhir Mac ini dengan perincian tentang rebat berkenaan.



Rebat akan diberikan semasa bulan April 2017, Julai 2017, Oktober 2017 dan Januari 2018.



Rebat ini akan digunakan untuk membiayai sebahagian pembayaran S&CC sesebuah isi rumah.



Untuk isi rumah yang membayar S&CC menerusi Giro, Majlis Bandaran akan menguruskannya dengan pihak bank.



Untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang pembayaran S&CC dan status akaun, penduduk boleh menghubungi Majlis Bandaran mereka atau menghubungi talian pertanyaan 1800-866-3078, antara Isnin hingga Jumaat mulai 8.30 pagi hingga 5 petang ataupun mengirim e-mel ke alamat sccrebates@mailbox.hdb.gov.sg mengenai kelayakan isi rumah mereka dalam menikmati rebat S&CC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >