Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

8,940 kes baru Covid-19, turun daripada 13,166 kes pada Selasa

Mar 23, 2022 | 11:33 PM



KES baru Covid-19 harian di Singapura merosot pada Rabu (23 Mac), dengan 8,940 kes jangkitan baru, turun daripada 13,166 kes semalam.



Kementerian Kesihatan (MOH) juga melaporkan 951 kes yang dirawat di hospital setakat tengah hari ini, turun daripada 1,023 kes yang dirawat di hospital pada Selasa.



Kali terakhir kes Covid-19 di hospital di sini berada pada paras kurang dari 1,000 adalah pada 4 Februari.



Terdapat enam kematian dilaporkan hari ini sementara terdapat 26 pesakit di Unit Jagaan Rapi (ICU) dan 117 kes memerlukan sokongan oksigen.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan Covid-19 kekal di bawah satu untuk hari ke-22 berturut-turut pada 0.76, meningkat daripada 0.74 hari sebelumnya.



Kadar tersebut merujuk kepada nisbah kes komuniti untuk minggu lalu sepanjang minggu sebelumnya. Kadar lebih daripada satu menunjukkan jumlah kes Covid-19 mingguan baharu semakin meningkat.



Dalam kalangan kes tempatan, 7,518 kes dikesan menerusi ujian pantas antigen (ART), yang bererti mereka dinilai oleh doktor sebagai mempunyai tanda jangkitan ringan dan berisiko rendah.



Lagi 1,231 kes dikesan menerusi ujian reaksi rantaian polymerase (PCR).



Terdapat 191 kes import, di mana 18 kes dikesan menerusi PCR manakala 173 kes dikenal pasti melalui ART.



Sehingga Rabu, Singapura melaporkan sejumlah 1,044,661 kes Covid-19 dan 1,220 kematian.



Sekitar 95 peratus penduduk yang layak di Singapura sudah lengkap divaksin manakala 71 peratus penduduk pula sudah menerima suntikan penggalak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >