Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

9 anggota sindiket jenayah dipenjara kerana guna magnet untuk tipu pembeli minyak bahan bakar marin

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

9 anggota sindiket jenayah dipenjara kerana guna magnet untuk tipu pembeli minyak bahan bakar marin

Sep 30, 2021 | 07:46 PM

SEMBILAN anggota sindiket jenayah telah dipenjara kerana menipu pembeli apabila menjual minyak bahan bakar marin dengan menggunakan magnet untuk menggangu meter aliran minyak itu pada dua tangki bunker kapal.

Pembeli ditipu dengan sekitar US$336,930 minyak marin secara keseluruhan, menurut Pejabat Peguam Negara (AGC), Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan Pasukan Pertahanan Polis (SPF) dalam satu kenyataan bersama pada Khamis (30 September).

Pihak berkuasa berkata penipuan itu dirancang oleh tiga dalang: Ang Heng Lye, Tay Tien Whui dan Kek Kah Hui.

Ia juga dijalankan oleh enam pegawai kargo atas kapal tersebut: Ang Heng Chye, Stanley Heng Meng Wee, Lionel Leong Wai Chew, Andy Chua Yew Hui, Gab Chua Yan Jing dan Kek Kah Hee.

Penipuan itu melibatkan kuasa magnet kuat untuk mengganggu pengukuran meter aliran tangki bunker itu.

Magnet itu menyebabkan meter mencatat jumlah yang lebih tinggi daripada apa yang sebenarnya dihantar ke kapal pembeli.

Ketiga-tiga dalang Ang, Tay dan Kek membekalkan magnet itu dan mengajar pegawai kargo cara untuk menggunakannya, kata pihak berkuasa.

Untuk mengelak dikesan, pegawai kargo menggunakan pita pelekat yang sama warna dengan permukaan aliran meter untuk menutup magnet tersebut.

Operasi terlarang ini diketahui semasa peperiksaan penguatkuasaan oleh MPA pada April 2019.

Salah seorang pegawai kargo, Andy Chua Yew Hui, ditangkap menggunakan magnet itu ketika diperiksa oleh MPA dan Polis Pegawal Pantai (PCG).

Ang dihukum 35 bulan penjara, Kek dihukum 34 bulan penjara pada Jun sementara Tay pula dihukum 34 bulan dan dua minggu penjara pada Ogos.

Pegawai kargo pula dipenjara antara 19 bulan dan dua minggu.

Ang Heng Chye, Heng dan Leong menerika hukuman tertinggi dengan 19 bulan, 18 bulan dan dua minggu, dan 13 bulan masing-masing.

MPA juga menarik semula lesen operasi kapal bunker serta lesen pembekalnya, berkuat kuasa pada 8 Mei 2019 dan 29 Mei 2019 berasingan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3