Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 anggota Suruhanjaya Perlembagaan dibentuk kaji sistem Presiden Dilantik

Feb 10, 2016 | 04:58 PM



SEMBILAN individu telah dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Perlembagaan yang akan meneliti sistem Presiden Dipilih sebelum Pilihan Raya Presiden diadakan menjelang Ogos tahun ini.


Suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Sundaresh Menon itu akan meneliti tiga aspek penting sistem tersebut, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini, Rabu (10 Februari).


Tiga bidang itu adalah untuk memastikan kriteria kelayakan bagi bakal calon dikemaskini, meningkatkan kuasa Majlis Penasihat Presiden dan untuk memastikan calon minoriti mempunyai peluang untuk dipilih.


Suruhanjaya tersebut akan mendapatkan maklum balas awam dan mengeluarkan saranan-saranan untuk meningkatkan sistem tersebut menjelang suku ketiga tahun ini.


Lapan anggota yang telah dilantik menjadi anggota Suruhanjaya yang diketuai Encik Menon itu adalah:


Hakim Mahkamah Agung Tay Yong Kwang; Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Encik Eddie Teo; Anggota Majlis Presiden bagi Hak Minoriti, Encik Abdullah Tarmugi; Pengerusi Pusat Lee Kuan Yew bagi Bandar Inovatif, Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD), Profesor Chan Heng Chee; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ho Bee Land, Encik Chua Thian Poh; CEO Far East Organization, Encik Philip Ng: Pengerusi DBS Bank, Encik Peter Seah: dan Pengerusi dan CEO Venture Corporation, Encik Wong Ngit Liong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >