Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 dalam 10 pelajar kohort tamat pengajian pada 2021 sudah daftar bagi vaksinasi Covid-19: Chun Sing

Jun 07, 2021 | 06:26 PM



HAMPIR sembilan dalam kalangan 10 pelajar daripada kohort yang bakal menamatkan pengajian bagi sesuatu peringkat pada 2021 telah mendaftarkan diri mereka bagi menjalani vaksinasi Covid-19 malah separuh daripada mereka sudah menerima suntikan pertama.



Ini dijelaskan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, pada Isnin (7 Jun).



Sekitar empat dalam lima pelajar politeknik serta pelajar maktab rendah tahun pertama telah mendaftarkan nama mereka bagi vaksinasi ini manakala lima dalam kalangan tujuh pelajar dari Darjah 6 hingga Menengah 3 sudah melakukan demikian.



Encik Chan menambah, mahasiswa universiti pula akan dipelawa mendaftar bagi suntikan mereka mulai Selasa (8 Jun), ujar Encik Chan lagi.



Memberikan butiran terkini bagi program vaksinasi Covid-19 buat pelajar, Encik Chan berkata dalam pos Facebook bahawa pusat vaksinasi Kementerian Pendidikan (MOE) di Kolej Central, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) beroperasi mulai Isnin.



Ia adalah pusat vaksinasi pertama daripada empat pusat vaksinasi MOE yang dibuka degan tiga lagi akan dibuka secara beransur-ansur pada beberapa hari mendatang. 



Dalam posnya, Encik Chan mengucapkan terima kasih kepada MOE, ITE dan Lembaga Penggalakan Kesihatan kerana dengan segera membangun pusat vaksinasi baru.



Menurutnya, beliau telah berbual dengan beberapa ibu bapa dan pelajar malah berasa sangat menggalakkan apabila pelajar ini teruja mendaftar awal diri mereka bagi proses vaksinasi ini.



"Mereka memberitahu saya mereka mahu melindungi diri mereka, keluarga dan teman-teman. Mereka juga berkata langkah ini akan memberi mereka ketenangan fikiran dalam mempersiapkan diri bagi peperiksaan hujung tahun," jelas Encik Chan lagi.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >