Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 dari 10 siswazah NTU kohort 2020 dapat kerja lepas 6 bulan tamat periksa

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



MESKI sekitaran ekonomi mencabar akibat pandemik Covid-19, lebih daripada sembilan dalam 10 siswazah baru daripada kohort 2020, dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mendapat pekerjaan dalam masa enam bulan selepas tamat peperiksaan akhir mereka.



Kohort ini juga meraih gaji lebih tinggi dengan mereka yang lulus daripada jurusan perubatan, akauntan dan perniagaan, sains komputer, kejuruteraan komputer dan kejuruteraan aeroangkasa, meraih gaji tertinggi.



Untuk meraikan pencapaian mereka, NTU akan mengadakan majlis konvokesyen secara fizikal bagi para siswazahnya. Dalam masa dua minggu, lebih 4,300 siswazah akan menghadiri majlis konvokesyen itu mulai semalam sehingga 16 Mac.



Konvokesyen itu telah ditangguhkan tahun lalu ekoran sekatan pada acara berskala besar yang dilaksanakan semasa pandemik Covid-19.



Sambutan dalam talian telah diadakan Julai lalu sebagai menandakan penting bagi lebih 9,400 siswazah dalam kohort itu.



Semasa majlis konvokesyen pertama mereka semalam, yang dipengerusikan Presiden Halimah Yacob, NTU telah meraikan kohort pertama daripada lima program ijazah antara disiplin baru universiti itu.



Program baru itu termasuk Kesusasteraan Inggeris dan Sejarah Seni; Psikologi dan Linguistik dan Pengajian Berbilang Bahasa; Ekonomi dan Psikologi; Ekonomi dan Dasar Awam & Hal Ehwal Global; dan Psikologi dan Analitik Media.



Memberikan ucapan kepada kohort 2020, Presiden NTU, Profesor Subra Suresh, berkata: "Tahun lalu, sedang dunia berdepan dengan pandemik Covid-19, anda berdepan dengan kekecewaan tidak dapat menghadiri konvokesyen secara langsung.



"NTU mengadakan acara dalam talian Julai lalu untuk meraikan pencapaian anda.



"Acara ini telah dirancang dengan mengambil kira langkah keselamatan ketat bagi Covid-19."



Profesor Suresh juga menggariskan bagaimana NTU memberikan respon kepada cabaran pandemik, termasuk memperkenal Pakej Bantuan Covid-19 yang bertujuan untuk merangsang prospek pekerjaan bagi kohort 2020.



"Dengan kerjasama dengan Tenaga Kerja Singapura (WSG), NTU telah mewujudkan beberapa ratusan (peluang pekerjaan) menerusi Program Pelatih SGUnited," ujarnya.



Seorang daripada pelajar yang telah mengikuti jurusan baru itu ialah Cik Lee Pei Qi, yang lulus dari program ijazah Ekonomi dan Psikologi.



"Saya memang selalu berminat dalam sikap manusia dan ekonomi, justeru jurusan antara disiplin dalam program ijazah ini merupakan sesuatu yang bersesuaian dengan minat saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >