HANYA $8 dari Woodlands ke Bugis, $9 dari Marsiling ke Changi dan $10 dari Dhoby Ghaut ke Tampines pada senja Jumaat.
Tambang itu - yang sehingga 75 peratus lebih rendah berbanding tambang rasmi - adalah harga yang dipercayai dibayar ramai penumpang Gojek di serata Singapura sejak dua bulan lalu.
Penumpang perlu menyertai kumpulan mesej telegram SG Hitch dan menerbit pos untuk meminta khidmat perkongsian kereta atau carpooling, dengan harapan bahawa pemandu Gojek akan memberi respons.
Namun ‘orang tengah’ yang menjawab pos-pos itu, menawarkan tempahan Gojek pada harga diskaun.
Selepas tiba ke destinasi, penumpang itu akan membuat bayaran, biasanya menerusi PayNow, kepada orang tengah yang akan membayar tambang rasmi kepada Gojek.
Pemandu Gojek menerima komisyen penuh berhubung tambang rasmi ini. Keadaan mencadangkan bahawa senario ini tidak bermangsa dan memanfaatkan semua pihak yang terlibat.
Namun, The Straits Times melaporkan penumpang yang menyertai skim itu, boleh secara tidak sengaja, memanfaatkan kad kredit orang lain yang dicuri atau menjadi sebahagian skim pengubahan wang, menurut pakar.
Ada juga pakar yang berkata aplikasi Gojek telah ‘digodam’ mewujudkan keadaan tambang rendah yang ganjil itu.
Perkara ini boleh menyebabkan orang tengah dipenjara atau didenda jika didapati bersalah, kata seorang peguam jenayah yang berkata sama ada penumpang boleh dikenakan tindakan jenayah adalah perkara yang sukar ditentukan.
Dalam laporan ST bulan lalu, Gojek menyifatkan tempahan berdiskaun yang dibegitu sebagai komplot yang boleh memaksa sebahagian penumpang membayar tambang lebih tinggi daripada yang ditunjukkan orang tengah.
Namun, pemeriksaan lanjut oleh ST menunjukkan sekurang-kurangnya 24 orang tengah sedang menyediakan khidat tempahan Gojek kepada ratusan penumpang sejak bulan lalu, berdasarkan pos pengguna di telegram SG Hitch.